RUKUN NEGARA




NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHD FAIZAL BIN MAT PESA





NAMA AHLI KUMPULAN:


NAMA:MAIZATUL AZIRA BINTI SANUSI
NO MATRIK:14DAT20F2023


NAMA:WAN NURATHIRAH BT W.KAMARULZAMAN
NO MATRIK:14DAT20F2019


NAMA:NUR RAHWANI BT YARMAN
NO MATRIKS:14DAT20F2008


NAMA:MUNIRAH AYUMIE BT MAKHTAR
NO MATRIK:14DAT20F2003

 RUKUN NEGARA

Pengenalan

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

  • Rukun negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia dibentuk pada 31 Ogos 1970 ekoran daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • Ejaan asalnya ialah Rukunegara, namun kini ditulis sebagai Rukun Negara.
  • Rukun bermaksud dasar tiang, asas atau sendi. Dalam maksud lain rukun bermakna tenang dan tenteram maka amat sesuai frasa Rukun Negara digunakan kerana ianya dasar asas negara demi mencapai kehidupan bernegara yang aman tenteram.
  • Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).
  • Melalui kata sepakat untuk mewujudkan ideologi negara yang dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusi oleh Pengarah MAGERAN, iaitu pada 27 Januari 1970.
  • Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi, tiga orang menteri, wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kecil.
  • Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 13 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
  • Rukun negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan,kesetiaan kepada Raja & Negara,kepatuhan kepada Perlembagaan,kedaulatan Undang-Undang serta membetuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
  • Rukun negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu, demokratik, adil tanpa mengira bangsa dan negara.


OBJEKTIF RUKUN NEGARA TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN

BAHAGIAN PERTAMA - Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat.

  1. Untuk memelihara cara hidup demokratik.
  2. Untuk melahirlkan masyarakat masyarakat yang adil & saksama.
  3. Untuk membentuk masyarakat bersikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya & berbagai-bagai corak.
  4. Untuk membina masyarakat progesif yang akan menggunakan sains & teknologi moden.

BAHAGIAN KEDUA - Menggariskan LIMA prinsip negara berikut.

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja & Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan & Kesusilaan




Terdapat lima Prinsip Negara iaitu:






 HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA


  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yag berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan mengamalkan kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi. 


Gambar di atas menunjukkan Kaum Melayu, berpegang kepada agama Islam dan percaya kepada kewujudan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.


Gambar di atas menunjukkan Kaum Cina, mereka percaya Tuhan Kwan Kung, Tuhan Kwan Yim, Jalaihut. Terdapat juga Kaum Cina yang berpegang kepada agama lain seperti agama Buddha, agama Kristian, agama Islam dan lain-lain.


Gambar di atas  menunjukkan Kaum India, mereka berpegang pada agama Hindu dan percaya dengan kewujudan Tuhan Vinayagar, Tuhan Sivan, Tuhan Krishna, dan banyak lagi tuhan mereka yang mereka percayai. Terdapat juga kaum India berpegang kepada agama Buddha, agama Islam dan Kristian.

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berpalimen Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut perlembagaan, sistem beraja juga di amalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada raja dan negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah " payung negara " yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta tidak wajar dipolitikkan sama sekali.





 

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN

  • Merupakan undang-undang yang tertinggi berperanan sebagai perlindungan hak dan keistimewaan kepada setiap orang yang menjadi warganegara. 
  • Menggariskan tanggungjawab dan kewajipan setiap rakyat terhadap negara dan tanah air tercinta. 
  • Setiap rakyat Malaysia dikehendaki untuk menghormati dan memahami latar belakang sejarah negara dan kandungan perlembagaan tersebut.

Perkara asas dalam perlembagaan yang perlu dihormati dan patuhi setiap warganegara


1. Kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam kedudukan sosioekonomi.
2. Agama lain bebas diamalkan walaupun Agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi.
3. Perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang walaupun Bahasa Melayu    merupakan bahasa rasmi.
4. Terjaminnya hak asasi rakyat.




 KAUM BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI
  • Negara Malaysia sering diancam dengan perbalahan pelbagai kaum. Dengan itu, wujudnya perpaduan kaum, maka sesebuah negara tidak mudah terdedah dengan pelbagai ancaman.
  • Bangsa Melayu dan penduduk Sabah dan Sarawak dikategorikan sebagai kaum bumiputera.
  • Kaum Cina, kaum India dan kaum Peranakan seperti Baba dan Nyonya adalah kaum bukan Bumiputera.



PENDUDUK SABAH & SARAWAK




KAUM MELAYU, CINA & INDIA



AGAMA LAIN BEBAS DIAMALKAN SEMENTARA AGAMA ISLAM DIIKTIRAF SEBAGAI AGAMA RASMI








  • Berdasarkan Perkara 3(1) perlembagaan pada 26 April 2010, agama Islam diberi kedudukan yang istimewa.
  • Penganut agama lain bebas mempraktikkan dan mengamalkan agama mereka di negara Malaysia.
  • Islam diberi keistimewaan berbanding agama lain  untuk menunjukkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Oleh itu, kedudukan Islam tidak boleh dipertikaikan.
  • Kedudukan Islam istimewa diambil kira dengan unsur-unsur tradisional seperti penduduk asal Tanah Melayu yang telah mempertahankan agama Islam.
  • Undang-undang Islam dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.
  • Semua penganut agama dilindungi daripada perbuatan orang yang tidak bertoleransi seperti menghina agama lain adalah dilarang mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.


CONTOH AGAMA LAIN YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA :

  • AGAMA HINDU 






  • AGAMA BUDDHA






PERKEMBANGAN BAHASA-BAHASA LAIN TIDAK DIHALANG WALAUPUN BAHASA MELAYU DIIKTIRAF SEBAGAI BAHASA RASMI 



  • Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perpaduan antara kaum.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang terdapat dalam keluhuran perlembagaan untuk menjamin keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
  • Bahasa Melayu telah di pilih berdasarkan majoriti kaum penduduk iaitu melayu melebihi 50% daripada keseluruhan warganegara Malaysia.
  • Perlu dijadikan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman antara penduduk berbilang kaum  di Malaysia.




TERJAMINNYA HAK ASASI RAKYAT


  • Hak asasi manusia telah disenaraikan di dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan mempunyai sembilan fasal yang dibincangkan.


Antara Contoh Hak Asasi Rakyat :

1. Hak asasi untuk hidup, kebebasan diri dan keselamatan diri terjamin. 


2. Bebas daripada diperhambakan.


3. Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah.



4. Bebas daripada ditangkap dan dipenjarakan tanpa sebab.



5. Hak bebas bergerak dan bermastautin di dalam negara sendiri.
6. Hak menjadi rakyat dalam sesebuah negara.
7. Kebebasan kepercayaan dan agama.



8. Hak berhimpun secara aman dan persatuan.


9. Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan kemudahan awam.
  



10. Hak mendapat pendidikan.





KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • Bagi negara Malaysia, prinsip kedaulatan undang-undang merupakan Rukun Negara Keempat.
  • Kedaulatan undang-undang telah diperkenalkan terlebih dahulu dalam Perundangan Islam.
  • Oleh yang demikian, prinsip kedaulatan undang-undang bermaksud undang-undang adalah kuasa tertinggi sesebuah negara yang harus dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak dan setiap lapisan masyarakat.

Prinsip kedaulatan mengandungi dua perkara umum:

  • Pertama, kerajaan hendaklah mempunyai sumber yang sah iaitu legitimate. Dengan ini, kita dapat memperakui sistem yang mendaulatkan undang-undang dan bukan sistem yang mendaulatkan individu. 
  • Kedua, kerajaan perlulah bertindak mengikut piawaian undang-undang yang berteraskan keadilan yang telah disepakati dalam pengisian Perlembagaan.
  • Sebagai contoh, seorang ahli falsafah Inggeris, Dicey berintipati “kedaulatan undang-undang” ialah, tiadanya penyalahgunaan kuasa atau tiada kuasa budi bicara yang terlalu luas. 
  • Seterusnya, menurut Dicey, seseorang itu tidak boleh dihukum jika tiada peruntukan undang-undang yang jelas.
  • Ketiga, konsep kesamarataan di sisi undang-undang. Maksudnya, hanya satu undang-undang yang diguna pakai untuk memberi perlindungan dan menghukum semua orang tanpa pengecualian dan perbezaan seperti tidak mengira status atau kedudukan individu dalam masyarakat. 
  • Keempat, peranan mahkamah dalam menjaga hak-hak asasi.
  • Konsep natural justice juga menjadi intipati kepada prinsip kedaulatan undang-undang iaitu prinsip yang perlu disesuaikan dengan keadaan, masa dan tempat.
  • Semakan kehakiman ialah proses semakan semula oleh mahkamah tentang keputusan pihak badan pelaksana dalam apa-apa perkara. Sebagai contoh, seorang penjawat awam tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang  memberhentikannya, maka penjawat awam tersebut berhak membawa kes pemberhentiannya kepada mahkamah untuk semakan semula.
  • Kuasa mahkamah dalam menyemak semula keputusan atau tindakan pihak eksekutif menunjukkan wujudnya sistem semak. Oleh itu, dalam prinsip kedaulatan undang-undang, kebebasan mahkamah adalah elemen penting.
  • Ketika mahkamah diberi kuasa, prinsip kebebasan pihak-pihak atau rakyat dititikberatkan. Sebagai contoh,mahkamah yang senang dikunjungi tanpa kos yang tinggi.
  • Jika diperhati dengan teliti, prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang dalam Faham Perlembagaan seperti prinsip keadilan, prinsip kesamarataan dan prinsip undang-undang telah ada dalam sistem Islam.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • Kesopanan bermaksud berbudi bahasa dan baik tingkah laku.
  • Kesusilaan merujuk kepada personaliti dan tingkah laku.
  • Rukun ini menekankan tingkah laku dan personaliti seseorang rakyat.
  • Rukun ini untuk membentuk rakyat yang penuh dengan sopan-santun dan tingkah laku yang baik.
  • Ianya penting dan patut diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi.
  • Hal ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.



KESIMPULAN

  1. Sebagai seorang individu, kita mestilah memahami setiap rukun negara untuk menjadikan diri kita individu yang bersemangat patriotik. Seterusnya, kita hendaklah mengamalkan setiap rukun dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan disiplin diri. Hal ini dapat mencerminkan diri setiap individu sekiranya berada di luar Malaysia. Ini dapat membuka mata dunia tentang Malaysia.
  2. Rakyat Malaysia hendaklah berpegang pada prinsip rukun negara dan mengamati setiap rukun supaya dapat membimbing rakyat Malaysia untuk menjadi rakyat yang hidup bersatu padu dan tinggi nilai moralnya serta hormat menghormati dalam setiap aspek seperti aspek perkauman. Oleh itu, janganlah kita sebagai rakyat Malaysia menconteng arang kerana telah ramai tokoh atau pihak yang terlibat dalam memajukan Malaysia.
  3. Kerajaan hendaklah memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan negara dengan mewujudkan kempen kesedaran yang menengahkan rukun negara. Kerajaan juga hendaklah memberi contoh kepada rakyat dengan menjalankan tugas dengan beretika dan mengikut perlembagaan yang digubal supaya tidak tercetusnya pergaduhan diantara rakyat dan kerajaan.Ini akan memecah belahkan keamanan negara.











Comments

  1. Info yang bagus boleh jadi rujukan untuk semua rakyat dimalaysia. 😎😎😎

    ReplyDelete
  2. Terbaik!! Info yang sangat padat & bagus..boleh dijadikan rujukan untuk anak-anak muda. Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Terbaik!! Info yang sangat padat & bagus..boleh dijadikan rujukan untuk anak-anak muda. Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Penerangan yang teramat jelas tentang rukun negara di asia tengara pada setakat ini....zasssπŸ”₯πŸ”₯

    ReplyDelete
  5. info yang sangat bagus untuk golongan-golongan yamg masih belum faham dengan mendalam tentang rukun negara !!

    ReplyDelete
  6. Penjelasan yg terbaik dan blh diiktiraf sebagai sumber info walaupun diblog oleh sekumpulan mahasiswi.

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang menarik 😍

    ReplyDelete
  8. Blog yg kemas, info yang, kajian yang tepat. Syabas!

    ReplyDelete
  9. Blog yg kemas, info yang, kajian yang tepat. Syabas!

    ReplyDelete
  10. Blog yg kemas, info yang, kajian yang tepat. Syabas!

    ReplyDelete
  11. Blog yg kemas, info yang, kajian yang tepat. Syabas!

    ReplyDelete
  12. Terbaik! Blog yg kemas dan cantik. Sangat kreatif πŸ‘πŸ»πŸ’―

    ReplyDelete
  13. isi yg padat, manthapppppπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  14. Blog yang padat,syabas Dan kreatifπŸ‘πŸ‘πŸ’―

    ReplyDelete
  15. perkongsian yg bagus! menarik, kemas dan kreatif!!

    ReplyDelete
  16. Blog yg kemas isi yg tepat. Thank you share!πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ@hfzirfn_

    ReplyDelete
  17. Terbaikkkk dan sangat teratur πŸ‘

    ReplyDelete
  18. info yang menarik πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  19. Info yang bagus untuk setiap masyarakat

    ReplyDelete
  20. Good explaination from young generation..kee it up ! πŸ₯°

    ReplyDelete
  21. Info yang padat dan bermanfaat πŸ‘

    ReplyDelete
  22. semua maklumat jelas dan tersusun. Mudah nak faham 😍

    ReplyDelete
  23. Info yang bukan sekadar boleh diterima umum malahan memudahkan lebih terperinci dalam fahaman info info yang diberikan. Attractive, simple and straight forward. Most important things is memudahkan orang lain untuk mendapat info yang tidak memeningkan.

    ReplyDelete
  24. Info yg menarik padat dan bagus

    ReplyDelete
  25. Info yang menarik, maklumat yang sangat jelas 😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  26. Thank you kakak ii for the information! Its really help me to do my homework . May god ease yr studies!

    ReplyDelete
  27. Terbaik .. info lengkap .. jgn sekadar mengaku kami anak malaysia ..tapi tak faham makna rukun negara

    ReplyDelete
  28. wow membantu untuk buat karangan , terima kasih akak akak yang cantik

    ReplyDelete
  29. WOWWW SGT PDAT DAN LENGKAP😍😍😍😍

    ReplyDelete
  30. Isi menarik and seronok baca πŸ˜πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete

Post a Comment